Thursday 1 December 2011

Program j-Qaf di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran

      Pada Januari 2008,Bahagian Pendidikan Khas,Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan program j-Qaf di PPKIBP.Sekolah Tengku Budriah telah dipilih sebagai rintis program tersebut di negeri Perlis.Penempatan seorang Ustazah (DG 41) lulusan Al-Azhar bagi menjayakan program ini telah banyak membantu memperkukuhkan pengajaran Pendidikan Islam di PPKIBP.Seramai 18 orang murid telah terlibat untuk kohort pertama dan kini,2011 salah seorang murid dari program ini telah dapat membaca Al-Quran setelah menghabiskan bacaan Iqra' 1 hingga Iqra' 5.Murid ini juga telah dua kali menjadi johan semasa mewakili PPKIBP STB ke Majlis Tilawah Pendidikan Khas peringkat negeri Perlis dan seterusnya mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan bagi acara Hafazan kategori Junior,Perempuan pada tahun 2009 dan 2011.
   Sebahagian besar murid dari PPKIBP ini juga telah menguasai Amali Wuduk dan Amali Solat.Murid telah mengetahui anggota-anggota wuduk dan perlakuan di dalam solat.Pelaksanaan program ini memberi impak yang besar ke arah peningkatan nilai dan kerohanian di kalangan murid-murid istimewa ini.

Wednesday 30 November 2011

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 29 JULAI 2011

Mendengar ceramah berkenaan ibadat puasa berbantukan tayangan slide

Penceramah jemputan sedang berinteraksi dengan murid


Penghargaan setelah berjaya menjawab soalan yang diajukan

Aktiviti menasyidkan niat puasa di dalam kumpulan

Anak-anak didikku- bakal penghuni syurga bersama guru-guru yang penyayang


MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT KEBANGSAAN

Berdebar menanti giliran sebagai peserta ke 15 semasa Tilawah Al-Quran
Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Permaisuri Resort.Port Dickson.2011

Dengan yakin menghafal surah-Tahniah Farishah
Anak didik pertama program j-Qaf yang telah berjaya membaca Al-Quran

Monday 28 November 2011

KEM BESTARI SOLAT 19 FEBRUARI 2011


Bergambar di pintu masuk
Masjid Negeri Arau.






Bagaimanapun kita ilmu Allah mesti di pelajari.

Sedang membasuh tangan hingga ke siku

Bismillahirrahmanirrahim-membasuh tangan hingga
ke pergelangan tangan

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN.

        PPKIBP Sekolah Tengku Budriah merupakan program yang kedua di negeri Perlis ,Ia tubuhkan bagi memenuhi keperluan  murid bermasalah pembelajaran yang berada di sekitar bandar Arau. .Pada tahun ini program ini  terdiri daripada 34 orang murid di PPKIBP.9 orang guru dan 4 orang Pembantu Pengurusan Murid(PPM) manakala terdapat 4 orang murid di kelas PraPPKIBP bersama seorang guru dan seorang PPM.PPKIBP Sekolah Tengku Budriah ini diterajui oleh seorang Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.  Kategori murid di sini ialah Down Sindrom,ADHD,Slow Learner,Autisme dan Mild Mental Retarded.
       Pengenalan program j-Qaf di pendidikan khas pada Januari 2008 telah banyak membantu memantapkan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam di PPKIBP ini.Sebagai program rintis negeri untuk pelaksanaan program ini jelas menunjukkan bahawa ia telah membuahkan hasil.Murid telah dapat menguasai bacaan Iqra' dan Amali Solat.