Thursday 1 December 2011

Program j-Qaf di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran

      Pada Januari 2008,Bahagian Pendidikan Khas,Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan program j-Qaf di PPKIBP.Sekolah Tengku Budriah telah dipilih sebagai rintis program tersebut di negeri Perlis.Penempatan seorang Ustazah (DG 41) lulusan Al-Azhar bagi menjayakan program ini telah banyak membantu memperkukuhkan pengajaran Pendidikan Islam di PPKIBP.Seramai 18 orang murid telah terlibat untuk kohort pertama dan kini,2011 salah seorang murid dari program ini telah dapat membaca Al-Quran setelah menghabiskan bacaan Iqra' 1 hingga Iqra' 5.Murid ini juga telah dua kali menjadi johan semasa mewakili PPKIBP STB ke Majlis Tilawah Pendidikan Khas peringkat negeri Perlis dan seterusnya mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan bagi acara Hafazan kategori Junior,Perempuan pada tahun 2009 dan 2011.
   Sebahagian besar murid dari PPKIBP ini juga telah menguasai Amali Wuduk dan Amali Solat.Murid telah mengetahui anggota-anggota wuduk dan perlakuan di dalam solat.Pelaksanaan program ini memberi impak yang besar ke arah peningkatan nilai dan kerohanian di kalangan murid-murid istimewa ini.